Friday, May 28, 2010

istiwa' a'zam

Pengumuman ini sebagai pemberitahuan kepada yang tidak tahu dan peringatan kepada yang tahu.

Hari ini, 28 Mei, pada pukul 5.16 petang nanti (waktu piawai Malaysia) akan berlaku satu peristiwa yang dikenali dengan nama istiwa' a'zam iaitu peristiwa di mana matahari akan berada tepat di atas Ka'abah. Oleh itu, segala bayang-bayang yang terhasil akan mengarah ke arah Ka'abah (anda dikehendaki berdiri di hujung bayang dan menghadap ke arah matahari). Jika anda hendak 'check' arah kiblat anda, anda boleh lakukannya pada pukul 5.16 petang ini.
Jika terlepas, ada satu lagi peluang iaitu pada 16 JUlai, 5.28 petang.

Waktu piawai Malaysia di sini:
http://time.sirim.my/

Saturday, December 5, 2009

Undian Kumpulan dan Jadual Piala Dunia 2010

Dah sebulan aku tak hapdet blog ni sebab connection slow gila. Ok la, tak nak membebel panjang. di bawah ni aku bagi keputusan undian kumpulan dan jadual Piala Dunia 2010. (Dalam kurungan ialah ranking pasukan pada bulan Oktober 2009 yang menjadi asas pemilihan pasukan pilihan. Pasukan yang pertama dalam senarai kumpulan ialah pasukan pilihan. Pemilihan pasukan ke-2, ke-3 & ke-4 berdasarkan kedudukan geografi. Waktu yang diberikan ialah waktu Malaysia)

Kumpulan A:
Afrika Selatan (85)
Mexico (16)
Uruguay (25)
Perancis (9)
11 Jun 2010 - 10:00 mlm - Afrika Selatan v Mexico
12 Jun 2010 - 02:30 pg - Uruguay v Perancis
17 Jun 2010 - 02:30 pg - Afrika Selatan v Uruguay
17 Jun 2010 - 07:30 mlm - Perancis v Mexico
22 Jun 2010 - 10:00 mlm - Mexico v Uruguay
22 Jun 2010 - 10:00 mlm - Perancis v Afrika Selatan

Kumpulan B:
Argentina (6)
Korea Selatan (48)
Nigeria (32)
Greece (16)
12 Jun 2010 - 07:30 mlm - Argentina v Nigeria
12 Jun 2010 - 10:00 mlm - Korea Selatan v Greece
17 Jun 2010 - 10:00 mlm - Greece v Nigeria
18 Jun 2010 - 02:30 pg - Argentina v Korea Selatan
23 Jun 2010 - 02:30 pg - Nigeria v Korea Selatan
23 Jun 2010 - 02:30 pg - Greece v Argentina

Kumpulan C:
England (7)
Amerika Syarikat (11)
Algeria (29)
Slovenia (49)
13 Jun 2010 - 02:30 pg - England v Amerika Syarikat
13 Jun 2010 - 07:30 mlm - Algeria v Slovenia
18 Jun 2010 - 10:00 mlm - Slovenia v Amerika Syarikat
19 Jun 2010 - 02:30 pg - England v Algeria
23 Jun 2010 - 10:00 mlm - Slovenia v England
23 Jun 2010 - 10:00 mlm - Amerika Syarikat v Algeria

Kumpulan D: 
Jerman (5)
Australia (24)
Ghana (38)
Serbia (20)
13 Jun 2010 - 10:00 mlm - Jerman v Australia
14 Jun 2010 - 02:30 pg - Serbia v Ghana
18 Jun 2010 - 07:30 mlm - Jerman v Serbia
19 Jun 2010 - 07:30 mlm - Ghana v Australia
24 Jun 2010 - 02:30 pg - Ghana v Jerman
24 Jun 2010 - 02:30 pg - Australia v Serbia

Kumpulan E:
Belanda (3)
Jepun (40)
Cameroon (14)
Denmark (27)
14 Jun 2010 - 07:30 mlm - Belanda v Denmark
14 Jun 2010 - 10:00 mlm - Jepun v Cameroon
19 Jun 2010 - 10:00 mlm - Belanda v Jepun
20 Jun 2010 - 02:30 pg - Cameroon v Denmark
25 Jun 2010 - 02:30 pg - Denmark v Jepun
25 Jun 2010 - 02:30 pg - Cameroon v Belanda

Kumpulan F:
Itali (4)
New Zealand (83)
Paraguay (21)
Slovakia (33)
15 Jun 2010 - 02:30 pg - Itali v Paraguay
15 Jun 2010 - 07:30 mlm - New Zealand v Slovakia
20 Jun 2010 - 07:30 mlm - Slovakia v Paraguay
20 Jun 2010 - 10:00 mlm - Itali v New Zealand
24 Jun 2010 - 10:00 mlm - Slovakia v Itali
24 Jun 2010 - 10:00 mlm - Paraguay v New Zealand

Kumpulan G:
Brazil (1)
Korea Utara (91)
Ivory Coast (19)
Portugal (10)
15 Jun 2010 - 10:00 mlm - Ivory Coast v Portugal
16 Jun 2010 - 02:30 pg - Brazil v Korea Utara
21 Jun 2010 - 02:30 pg - Brazil v Ivory Coast
21 Jun 2010 - 07:30 mlm - Portugal v Korea Utara
25 Jun 2010 - 10:00 mlm - Portugal v Brazil
25 Jun 2010 - 10:00 mlm - Korea Utara v Ivory Coast

Kumpulan H:
Sepanyol (2)
Honduras (35)
Chile (17)
Switzerland (13)
16 Jun 2010 - 07:30 mlm - Honduras v Chile
16 Jun 2010 - 10:00 mlm - Sepanyol v Switzerland
21 Jun 2010 - 10:00 mlm - Chile v Switzerland
22 Jun 2010 - 02:30 pg - Sepanyol v Honduras
26 Jun 2010 - 02:30 pg - Chile v Sepanyol
26 Jun 2010 - 02:30 pg - Switzerland v Honduras

Pusingan Kedua
26 Jun 2010 - 10:00 mlm - Juara Kumpulan A v Naib Juara Kumpulan B (Prlwn 49)
27 Jun 2010 - 02:30 pg - Juara Kumpulan C v Naib Juara Kumpulan D (Prlwn 50)
27 Jun 2010 - 10:00 mlm - Juara Kumpulan D v Naib Juara Kumpulan C (Prlwn 51)
28 Jun 2010 - 02:30 pg - Juara Kumpulan B v Naib Juara Kumpulan A (Prlwn 52)
28 Jun 2010 - 10:00 mlm - Juara Kumpulan E v Naib Juara Kumpulan F (Prlwn 53)
29 Jun 2010 - 02:30 pg - Juara Kumpulan G v Naib Juara Kumpulan H (Prlwn 54)
29 Jun 2010 - 10:00 mlm - Juara Kumpulan F v Naib Juara Kumpulan E (Prlwn 55)
30 Jun 2010 - 02:30 pg - Juara Kumpulan H v Naib Juara Kumpulan G (Prlwn 56)
      
Suku Akhir
02 Jul 2010 - 10:00 mlm - Pasukan Menang Prlwn 53 v Pasukan Menang Prlwn 54 (Prlwn 57)
03 Jul 2010 - 02:30 pg - Pasukan Menang Prlwn 49 v Pasukan Menang Prlwn 50 (Prlwn 58)
03 Jul 2010 - 10:00 mlm - Pasukan Menang Prlwn 52 v Pasukan Menang Prlwn 51 (Prlwn 59)
04 Jul 2010 - 02:30 pg - Pasukan Menang Prlwn 55 v Pasukan Menang Prlwn 56 (Prlwn 60)
      
Separuh Akhir
07 Jul 2010 - 02:30 pg - Pasukan Menang Prlwn 58 v Pasukan Menang Prlwn 57 (Prlwn 61)
08 Jul 2010 - 02:30 pg - Pasukan Menang Prlwn 59 v Pasukan Menang Prlwn 60 (Prlwn 62)
      
Perlawanan Penentuan Tempat ke-3 & ke-4
11 Jul 2010 - 02:30 pg - Pasukan Kalah Prlwn 61 v Pasukan Kalah Prlwn 62 (Prlwn 63)
      
Perlawanan Akhir
12 Jul 2010 - 02:30 pg - Pasukan Menang Prlwn 61 v Pasukan Menang Prlwn 62 (Prlwn 64)

Tuesday, October 20, 2009

Entri 3 - Raya dah habis

Semalam, kalau ikut kalendar, berakhirlah Syawal, dan berakhirlah Hari Raya Aidil Fitri (sebutan yang betul ialah Idul Fitri sebenarnya). Tapi aku x terkejut kalau masih ada rumah terbuka hujung minggu ni sebab rakyat Malaysia ni memang sangat excited kalau bab raya-raya ni. Selagi belum masuk Raya Haji, selagi tu Raya Puasa ni on.

Di dalam musim raya ni, kita biasa dengar ungkapan 'Minal Aidil wal Faizin'. Apakah maksudnya? Dan benarkah sebutannya?

Sebenarnya sebutan sebegitu adalah salah, sekali lagi diulang, SALAH. Sebutannya ialah 'Minal A'idin wal Fa'izin' yang bermaksud: '(Terimalah ucapan) Daripada golongan yang merayakan dan yang berjaya'. 

Ok lah. sempena berakhirnya Syawal, terimalah lagu ni:

Berlalulah sudah syawal sebulan beraya
Hari raya kita tinggalkan dengan rasa sedihnya
Anak muda di rantauan dah habis duit beraya
Ibu dan ayah kesedihan anak-anak dah pulang ke bandar

Bertukar belanja dan budget, semuanya dah lari
Tutur dan kata x terkeluar, telan je mee maggi
Open house hari raya walau di mana pun jua
Menjimatkan budget dan menyelamatkan poket

Kuih dan muih dah tinggal serdak
Makanlah untuk alas perut
Ketupat rendang dah memang tak buat
Sebab hanya tahu membeli

Wajik dan dodol dah memang tak laku
Sebab ramai minat almond london
Asyik bersembang big boss dalam mesyuarat
Hai duit gaji lupa nak di beri

Entri 2 - Realiti di Malaysia 2

Baru-baru ni, pada 18/10 lepas, aku pergi beraya ke rumah saudara-mara di KL (kenapa la disebut saudara mara. kenapa tak ada saudara mundur ya?)

Dalam perjalanan balik ke rumah, (aku lalu KESAS masa tu), kitorang terperangkap dalam kesesakan. Adalah dalam 1/2 jam. Ingatkan sebab ramai orang balik baru habis cuti Deepavali, rupanya ada eksiden, dan yang terbabit dengan eksiden tu pun dah ke tepi tapi yang paling best, semua driver memperlahankan kenderaan untuk melihat eksiden tersebut. Selepas tempat eksiden tu, trafik berjalan lancar. Agaknya apa yang dilakukan oleh driver di tempat eksiden tersebut?
a) melihat eksiden tersebut
b) nak tengok nombor plat, kot-kot naik
c) memberikan penghormatan selaku rakyat yang berbudi bahasa
Apa la jawapannya ya?

Entri 1 - Realiti di Malaysia 1

Lama tak hapdet blog ni. Busy je manjang. Kalaulah dapat kerja macam penyimpan mohor besar kan best, setahun 3 kali je kerja keluar kat tv lagi.

Ok la. x nak melalut lagi. Rasanya semua dah maklum, baru-baru ni ada PRK kat Bagan Pinang. Keputusannya pun dah maklum, BN capai kemenangan pertama di Semenanjung. Cuma ada satu benda pelik.......

Ketika BN menang, TV3 dapat menyiarkan keputusannya di awal Buletin Utama dan terus menyiarkan keputusan tersebut di ruangan bawah skrin sepanjang Buletin Utama. Tapi kenapa masa BN kalah, tiada berita yang disiarkan? Kalau ada pun, lepas pukul 10 malam baru ada. Kenapa agaknya? Adakah TV3 terover excited? :-}

Tuesday, October 6, 2009

Siapakah kawan anda?

فَلاَ تَعْدُدِ الْمَوْلَى شَرِيْكَكَ فِي الْغِنَى وَلَكِنَّمَا الْمَوْلَى شَرِيْكُكَ فِي الْعُدْمِ 

Maksudnya:
jgn kau anggap pelindung itu ialah kawanmu ketika kaya, tetapi pelindung sebenarnya ialah kawanmu ketika kamu tiada apa2

Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua (walaupun dah masuk hari ke 9). Hari ni, yang kerja makan gaji semua kena kerja balik. Yang kerja makan nasi memang dah makan pun dari raya pertama dulu.

Hari ni aku nak sentuh satu cerita: apa yang perlu anda ambik tahu jika anda meninggalkan rumah untuk tempoh ysng lama? Rasa-rasanya ramai yang dah cerita benda ni. Tentang keselamatan rumah dsb, tapi jika anda menternak/memelihara binatang, pernahkah anda terfikir tanggung jawab anda terhadap binatang yang ditinggalkan? Meninggalkan binatang peliharaan tanpa mempertanggung-jawabkan sesiapa untuk memberi makan, sebenarnya adalah satu kezaliman terhadap binatang. Meninggalkannya berkeliaran ke rumah jiran pula adalah satu kezaliman terhadap jiran anda. Oleh itu fikir-fikirkanlah...................