Pengumuman ini sebagai pemberitahuan kepada yang tidak tahu dan peringatan kepada yang tahu.
Hari ini, 28 Mei, pada pukul 5.16 petang nanti (waktu piawai Malaysia) akan berlaku satu peristiwa yang dikenali dengan nama istiwa' a'zam iaitu peristiwa di mana matahari akan berada tepat di atas Ka'abah. Oleh itu, segala bayang-bayang yang terhasil akan mengarah ke arah Ka'abah (anda dikehendaki berdiri di hujung bayang dan menghadap ke arah matahari). Jika anda hendak 'check' arah kiblat anda, anda boleh lakukannya pada pukul 5.16 petang ini.
Jika terlepas, ada satu lagi peluang iaitu pada 16 JUlai, 5.28 petang.
Waktu piawai Malaysia di sini:
http://time.sirim.my/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment