Semalam, kalau ikut kalendar, berakhirlah Syawal, dan berakhirlah Hari Raya Aidil Fitri (sebutan yang betul ialah Idul Fitri sebenarnya). Tapi aku x terkejut kalau masih ada rumah terbuka hujung minggu ni sebab rakyat Malaysia ni memang sangat excited kalau bab raya-raya ni. Selagi belum masuk Raya Haji, selagi tu Raya Puasa ni on.
Di dalam musim raya ni, kita biasa dengar ungkapan 'Minal Aidil wal Faizin'. Apakah maksudnya? Dan benarkah sebutannya?
Sebenarnya sebutan sebegitu adalah salah, sekali lagi diulang, SALAH. Sebutannya ialah 'Minal A'idin wal Fa'izin' yang bermaksud: '(Terimalah ucapan) Daripada golongan yang merayakan dan yang berjaya'.
Ok lah. sempena berakhirnya Syawal, terimalah lagu ni:
Berlalulah sudah syawal sebulan beraya
Hari raya kita tinggalkan dengan rasa sedihnya
Anak muda di rantauan dah habis duit beraya
Ibu dan ayah kesedihan anak-anak dah pulang ke bandar
Bertukar belanja dan budget, semuanya dah lari
Tutur dan kata x terkeluar, telan je mee maggi
Open house hari raya walau di mana pun jua
Menjimatkan budget dan menyelamatkan poket
Kuih dan muih dah tinggal serdak
Makanlah untuk alas perut
Ketupat rendang dah memang tak buat
Sebab hanya tahu membeli
Wajik dan dodol dah memang tak laku
Sebab ramai minat almond london
Asyik bersembang big boss dalam mesyuarat
Hai duit gaji lupa nak di beri
Tuesday, October 20, 2009
Entri 2 - Realiti di Malaysia 2
Baru-baru ni, pada 18/10 lepas, aku pergi beraya ke rumah saudara-mara di KL (kenapa la disebut saudara mara. kenapa tak ada saudara mundur ya?)
Dalam perjalanan balik ke rumah, (aku lalu KESAS masa tu), kitorang terperangkap dalam kesesakan. Adalah dalam 1/2 jam. Ingatkan sebab ramai orang balik baru habis cuti Deepavali, rupanya ada eksiden, dan yang terbabit dengan eksiden tu pun dah ke tepi tapi yang paling best, semua driver memperlahankan kenderaan untuk melihat eksiden tersebut. Selepas tempat eksiden tu, trafik berjalan lancar. Agaknya apa yang dilakukan oleh driver di tempat eksiden tersebut?
a) melihat eksiden tersebut
b) nak tengok nombor plat, kot-kot naik
c) memberikan penghormatan selaku rakyat yang berbudi bahasa
Apa la jawapannya ya?

Entri 1 - Realiti di Malaysia 1
Lama tak hapdet blog ni. Busy je manjang. Kalaulah dapat kerja macam penyimpan mohor besar kan best, setahun 3 kali je kerja keluar kat tv lagi.
Ok la. x nak melalut lagi. Rasanya semua dah maklum, baru-baru ni ada PRK kat Bagan Pinang. Keputusannya pun dah maklum, BN capai kemenangan pertama di Semenanjung. Cuma ada satu benda pelik.......
Ketika BN menang, TV3 dapat menyiarkan keputusannya di awal Buletin Utama dan terus menyiarkan keputusan tersebut di ruangan bawah skrin sepanjang Buletin Utama. Tapi kenapa masa BN kalah, tiada berita yang disiarkan? Kalau ada pun, lepas pukul 10 malam baru ada. Kenapa agaknya? Adakah TV3 terover excited? :-}

Tuesday, October 6, 2009
Siapakah kawan anda?
فَلاَ تَعْدُدِ الْمَوْلَى شَرِيْكَكَ فِي الْغِنَى وَلَكِنَّمَا الْمَوْلَى شَرِيْكُكَ فِي الْعُدْمِ
Maksudnya:
jgn kau anggap pelindung itu ialah kawanmu ketika kaya, tetapi pelindung sebenarnya ialah kawanmu ketika kamu tiada apa2
Maksudnya:
jgn kau anggap pelindung itu ialah kawanmu ketika kaya, tetapi pelindung sebenarnya ialah kawanmu ketika kamu tiada apa2
Subscribe to:
Comments (Atom)