Semalam, kalau ikut kalendar, berakhirlah Syawal, dan berakhirlah Hari Raya Aidil Fitri (sebutan yang betul ialah Idul Fitri sebenarnya). Tapi aku x terkejut kalau masih ada rumah terbuka hujung minggu ni sebab rakyat Malaysia ni memang sangat excited kalau bab raya-raya ni. Selagi belum masuk Raya Haji, selagi tu Raya Puasa ni on.
Di dalam musim raya ni, kita biasa dengar ungkapan 'Minal Aidil wal Faizin'. Apakah maksudnya? Dan benarkah sebutannya?
Sebenarnya sebutan sebegitu adalah salah, sekali lagi diulang, SALAH. Sebutannya ialah 'Minal A'idin wal Fa'izin' yang bermaksud: '(Terimalah ucapan) Daripada golongan yang merayakan dan yang berjaya'.
Ok lah. sempena berakhirnya Syawal, terimalah lagu ni:
Berlalulah sudah syawal sebulan beraya
Hari raya kita tinggalkan dengan rasa sedihnya
Anak muda di rantauan dah habis duit beraya
Ibu dan ayah kesedihan anak-anak dah pulang ke bandar
Bertukar belanja dan budget, semuanya dah lari
Tutur dan kata x terkeluar, telan je mee maggi
Open house hari raya walau di mana pun jua
Menjimatkan budget dan menyelamatkan poket
Kuih dan muih dah tinggal serdak
Makanlah untuk alas perut
Ketupat rendang dah memang tak buat
Sebab hanya tahu membeli
Wajik dan dodol dah memang tak laku
Sebab ramai minat almond london
Asyik bersembang big boss dalam mesyuarat
Hai duit gaji lupa nak di beri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment