Tuesday, October 20, 2009

Entri 2 - Realiti di Malaysia 2

Baru-baru ni, pada 18/10 lepas, aku pergi beraya ke rumah saudara-mara di KL (kenapa la disebut saudara mara. kenapa tak ada saudara mundur ya?)

Dalam perjalanan balik ke rumah, (aku lalu KESAS masa tu), kitorang terperangkap dalam kesesakan. Adalah dalam 1/2 jam. Ingatkan sebab ramai orang balik baru habis cuti Deepavali, rupanya ada eksiden, dan yang terbabit dengan eksiden tu pun dah ke tepi tapi yang paling best, semua driver memperlahankan kenderaan untuk melihat eksiden tersebut. Selepas tempat eksiden tu, trafik berjalan lancar. Agaknya apa yang dilakukan oleh driver di tempat eksiden tersebut?
a) melihat eksiden tersebut
b) nak tengok nombor plat, kot-kot naik
c) memberikan penghormatan selaku rakyat yang berbudi bahasa
Apa la jawapannya ya?

No comments:

Post a Comment